Perpustakaan Tengku Anis 2

Perpustakaan Tengku Anis 2 terletak di Kampus Kota Bharu. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
§  Pinjaman dan pemulangan buku
§  Rujukan tesis
§  Rujukan KBR (koleksi buku reseb)
§  Wi-Fi
§  Zon Internet 
§  Servis cetak
§  Jurnal dan majalah popular
§  Web OPAC
§  eQUIP
§  Kelas Kemahiran Maklumat
§  Pengkalan Data Dalam Talian
§  Datastream
§  Ruang diskusi (di blok A)
§  Ruang ASTRO
§  Akhbar harian
§  Akhbar berjilid
§  Rujukan arkib akhbar BLIS
§  Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)

Rak Terbuka
Koleksi ini boleh dipinjam oleh pelajar dan juga pengguna yang lain. Ia juga merupakan koleksi utama perpustakaan yang merupakan buku- buku dari pelbagai subjek. Buku- buku ini disusun mengikut nombor panggilan yang terdapat di tulang belakang buku. Susunan buku – buku ini mengikut sistem pengkelasan Library of Congress (LCC).

Rujukan
Koleksi rujukan terdiri daripada ensiklopedia, kamus, atlas, laporan tahunan , direktori, bibliografi, indeks dan abstrak serta lain- lain yang digunakan untuk tujuan rujukan di dalam perpustakaan sahaja.  Koleksi ini dilabelkan “ruj” pada tulang buku. Namun begitu pinjaman masih boleh diberi pinjam atas budi bicara Pustakawan dengan mengisi borang di kaunter.

Koleksi Buku Reseb (KBR)
Koleksi bertanda ( KBR ) dan merupakan pinjaman masa pendek  ( 2 jam ) melalui Kaunter Perkhidmatan Maklumat dan hanya  boleh dirujuk di dalam perpustakaan . Koleksi ini terdiri dari tesis , akta , projek pelajar , kertas seminar , risalah , laporan tahunan , prospektus universiti , koleksi Tun Mahathir , Koleksi PTK serta keratan akhbar.

Majalah Dan Terbitan Bersiri
Terdiri daripada majalah ilmiah, jurnal akademik dan majalah popular dalam dan luar Negara.

Soalan Peperiksaan
Boleh diakses melalui portal PTAR samada melalui

Intranet
Melalui MOM ( Multimedia Object Manager) di  http://mom.ptar.uitm.edu.my
atau

Internet  
Perlu login Library Portal (use staff id / student id) melalui  http://www.ptar.uitm.edu.my   atau
EKMS portal http://http://ekms.ptar.uitm.edu.my
atau   http://digital.ptar.uitm.edu.my/portalptar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...