Tentang Kami

Pengenalan
Perpustakaan UiTM Kampus Machang, Kelantan ditubuhkan pada tahun 1985 di kampus sementara Kem Kijang dan telah berpindah ke kampus tetap Bukit Ilmu bermula tahun 1996. Perpustakaan UiTM Kampus Machang memainkan peranan bagi menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyediakan berbagai jenis perkhidmatan, kepelbagaian koleksi, teknologi dan sumber maklumat terkini dan mantap.

Misi
Membantu masyarakat UiTM supaya berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan, pendedahan, kebiasaan dan kemahiran kepada penggunaan bahan serta peralatan dan cara cara pencarian maklumat dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra, sesuai dengan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Visi
Menjadi pusat kecemerlangan maklumat berelektronik yang unggul bagi mewujudkan masyarakat UiTM yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.


Objektif
  •  Menyokong 100% program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu.
  • Menjadikan perpustakaan ini terunggul dari segi aspek perkhidmatan, pelbagai koleksi, teknologi dan sumber maklumat terkini dan matang.
  • Mewujudkan tenaga kerja terlatih, mahir, penuh tanggungjawab, beriltizam, bermotivasi, beretika tinggi, proaktif dn cemerlang melalui latihan dan pendidikan.

 Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Kaunter

  • Menyediakan layanan mesra, cepat dan tepat.
  • Setiap cadangan, aduan dan teguran akan diambil tindakan dalam masa dua minggu.
  • Mengutamakan pelanggan dalam urusan perkhidmatan.


Koleksi

  • Menyediakan koleksi terkini dan komprehensif bagi menyokong Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan di UiTM.
  • Penyusunan bahan yang rapi untuk memudahkan dapatan semula bahan.
  • Mengemaskini koleksi dari masa ke semasa.
  • Sentiasa mengutamakan cadangan dan pesanan daripada pelanggan supaya dapat dipenuhi dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pesanan.

Teknologi Maklumat

  • Menyediakan pelbagai jenis media bagi memaksimumkan pengaksesan maklumat.
  • Memberikan tunjukajar dan bimbingan kepada pelanggan sepanjang waktu Perpustakaan di buka.
  • Menyediakan rangkaian IT di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Staf Sokongan

  • Menyediakan kakitangan yang terlatih dan mahir di dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
  • Menyediakan persekitaran yang selesa dan ceria.
  • Mempastikan semua perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan berlandaskan prosedur yang ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...