BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
KEAHLIAN Semua kakitangan dan pelajar yang mendaftar di UiTM adalah secara automatik menjadi ahli perpustakaan. Namun begitu, bagi kakitangan sambilan dan kontrak, bayaran cagaran akan dikenakan. Kelayakan pinjaman adalah bergantung kepada kategori pengguna. DENDA Denda lewat pemulangan buku 20 sen 1 hari. Pengguna boleh membuat bayaran di kaunter perpustakaan pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.00 petang). BUKU HILANG Sila lapor di kaunter perpustakaan. Bayaran yang dikenakan ialah denda lewat pemulangan, harga buku serta RM20.00 untuk harga proses. TATATERTIB Pengguna mestilah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan. Tindakan tataertib akan dikenakan sekiranya anda didapati melanggar peraturan. SAHSIAH RUPA DIRI Seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM. Pelajar pelajar diwajibkan memakai kad pelajar setiap masa ketika berada di dalam perpustakaan, Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya gagal mematuhinya |
Lain-Lain
|